NUTELLA MARBLE CAKE / KEK NUTELLA MARBLE
A simple and moist marble cake that used nutella to sandwich the cake but I used the nutella to frost the cake instead...I just love the marble design and leave the cake intact. Honestly it's awesome and perfect for tea. I did this for Eid recently...well it's a hit and thanks to Ika from Arah - http://kurniaanmu.blogspot.com/2010/11/marble-nutella.html for sharing the recipe. It's simply the best marble cake
Nutella Marble Cake250 gram tepung Hong Kong230 gram gula kastor10 gram serbuk koko6 biji telur saiz besar2 sudu makan susu manis1 sudu makan rata ovalette1 sudu makan air (paip)1 sudu teh baking powder1 sudu teh serbuk vanilla/vanillisecukup Nutella utk disapuCara:Mentega, susu dan vanilla disatukan lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan. – Bahan AMasukkan telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang dan pekat. - Bahan BSatukan Bahan A dan B. Gaul rata.Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko. Kacau rata.Siapkan tin kek berukuran 8 x 8 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 – 50 minit.Biarkan kek betul2 sejuk sebelum di belah dua dan disapu dgn Nutella. Masukkan dlm peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.
Jalan-jalan ziarah kekawan sempena Idil Fitri terserempak kek ini di dapur Ika - Arah. Alahai cantik sangat...tenguk bahan semua ada cuma tepung Hong Kong sahaja tak ada dalam gobok dapur jadi saya terus cari tepung Hong Kong dan buat kek ini untuk Raya baru ini. Wah saya suka tektur kek ini lembap dan lembut. Kek ini sebenar selepas dibakar disejukkan kemudian dibelah dua dan disapukan nutella. Nutell hanya digunakan sebagai sapuan sahaja. Tetapi saya tidak buat cara tu kerana sayangkan marble yang cantik pada kek...saya cuma gunakan nutella sebagai sapuan atas. Memang kombinasi menarik kerana kek ada rasa butter, chocolate dan nutella. Hem memang sesuai buat minum petang.Next Post - Lasak Lemak Singapore



0 Response to "NUTELLA MARBLE CAKE / KEK NUTELLA MARBLE"
Post a Comment