CUSTARD COCKTAIL PUDDING WITH VANILLA SAUCE


Rasanya pudding yang top dalam bulan Ramadan...sebabnya sedap dan mudah menyediakannya. Sos vanila kastad menambahkan keenakkan pudding ini. Jangan hadkan diri anda dengan buah-buahan koktail..Mengikut selera masing-masing boleh juga guna buah-buahan tin lain seperti pear atau peaches. Juadah yang cukup sesui di musim panas begini.




Custard Cocktail Pudding With Vanilla Sauce

  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • sedikit esen vanila
  • 1 tin buah-buahan koktail
Cara Menyediakannya

  1. Satukan semua bahan dan kacau atas api sederhana sehingga kilat dan pekat.
  2. Masukkan ke dalam bekas/mangkok yang dibasahkan
  3. Masukkan ke dalam fridge sebelum dihidang
  4. Letakkan buah koktail dan tuangkan sos semasa menghidang nanti
Kuah Kastadnya

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cwan gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 tin sirap dari koktail
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1 sdt vanilla
Cara Menyediakannya
  1. Satukan semua bahan.
  2. Tapis dan masak di atas api sederhana sehingga kuah pekat
  3. Sejukkan dalam fridge sebelum dihidang
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

0 Response to "CUSTARD COCKTAIL PUDDING WITH VANILLA SAUCE"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel