HOLIDAY PLATTER AKA MIXED VEGETABLES WITH CORNFLAKES PRAWN FRITTERS


Oyster Sauce Gravy
5 tbsp oyster sauce / 5 sdb sos tiram
5 tbsp light soya sauce / 5 sdb kicap cair
2 tbsp dark soya sauce / 2 sdb kicap pekat
1 tbsp sesame oil / 1 sdb minyak bijan
5 gloves garlic- chopped / 5 ulas bawang putih cincang
1 cup chicken stock / 1 cawan stok ayam
1/2 water / 1/2 cawan air
1 tbsp cornstarch / 1 sdb tepung jagung
3 tbsp oil / 3 sdb minyak
dash of peppers
Heat up oil, saute garlic till brown and fragrant. Add in chicken stock and seasoning. Cook for 5 minutes and finally add in cornstarch mixed with water. Stir until gravy slightly thicken and remove from heat. Immediately pour on arranged vegetables./ Panaskan minyak tumis bawang putih sehingga garing dan naik baunya. Masukkan stok ayam dan semua ramuan perasa. Masak atas api hingga mendidih. Masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama air. Biarkan sehingga sedikit pekat lalu angkat. Curahkan atas sayuran yang disusun di atas pinggan tadi.
__________________________________________________________________Saya ni memang peminat No:1 masakan Cina. Ini bersesuaian dengan saya kerana saya tidak boleh mengambil makanan yang terlalu pedas. Tiap kali kalau ada jamuan atau perjumpaan di hotel-hotel saya pasti cuba setiap sajian yang saya makan. Sejak dari itu koleksi masakan Cina saya boleh dibukukan. Memang banyak kalau dibanding dengan masakan Melayu. Paling saya suka dengan masakan Cina ialah cara penyediaan sayur-sayuranya. Bukan sahaja sedap, menarik tetapi yang lebih penting cara memasaknya dapat mengekalkan keranggupan sayuran.
Resipi ini adalah resipi sayur campur yang saya gabungkan dengan Udang Goreng Cornflakes. Kebetulan saya membuatnya semasa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini jadi saya namakan sajian ini sebagai Holiday Platter. Untuk resipi ini pilihan sayuran terpulang kepada selera masing-masing. Untuk sajian ini saya menggunakan baby corn, baby carrot, kacang pea dan cendawan abalone. Dalam membuat pilihan sayuran bagi menaikkan seri sajian ini pilihlah sayuran yang berbagai warna. Antara sayuran yang boleh dijadikan pertimbangan ialah brokoli, bunga kobis, asparagus, baby bok choy atau pun anika cili benggala. Untuk sosnya pula saya lebih gemar menggunakan sos tiram. Ilham membuat datang dari sajian Cina, Yee Sang yang dibuat oleh masyarakat Cina sebagai lambang kemakmuran dan kekayaan. Saya tertarik dengan warna-warna dan susunan yang dibuat. Sajian ini sesuai dijadikan hidang main table jika kita mempunyai jemputan makan malam di rumah. -
__________________________________________________________________
Next Post - Cornflakes Prawn Fritters
__________________________________________________________________
0 Response to "HOLIDAY PLATTER AKA MIXED VEGETABLES WITH CORNFLAKES PRAWN FRITTERS"
Post a Comment