OTAK-OTAK TENGGIRI KUKUS ALA NYONYA
Akhirnya tertunai juga hasrat hati. Lama sudah berhajat hendak buat otak-otak tapi selalu tersangkut kerana gagal mencari daun kadok. Saya ni kalau resipi minta sesuatu bahan tu saya akan ikut 100%, kalau tak ada, saya sanggup tunggu. Puas mencari tak jumpa, akhirnya terjumpa di rumah bidan mengurut anak bersalin...apa lagi terus cari ikan dan daun pisang.
Resipi ini saya ambil 100% dari blog Kjee, nampak sedap bangat...so inilah hasilnya, tangan agak serau sedikit, terlajak letak tepung jagung otak-otak nampak keras sedikit..apa pun pada yang berhajat boleh la singgah blog Kjee link dibawah....panduan yang cukup baik untuk diikuti.
Otak-otak ala Nonya semestinya sedap makan bersama nasi panas.
Otak-Otak Tenggiri ala Nyonya
BAHAN A
BAHAN D
CARA:
- 200 gms isi ikan Tenggiri
- Garam
- Lada hitam
- 1 labu bawang besar (yang besar sekali) *
- 3 ulas bawang putih *
- 4 biji cili merah *
- 1 sudu besar cili kering kisar (dlm 10 tangkai) *
- 6 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi) *
- 3 biji buah keras (optional) *
- 1 batang bunga kantan (optional tapi kalau letak, sedap) *
- 2 batang serai dihiris *
- 1 inci lengkuas dihiris *
- 1 sudu kecik serbuk kunyit
- 1 inci belacan *
BAHAN C
- 2 biji telor Gred C
- 1 sudu kecik tepung jagung
- 1 sudu kecik tepung beras
- 5 helai daun limau purut dimayang halus
- ½ cawan pati santan
- garam secukupnya
- 1 sudu kecik gula
- Daun Pisang secukupnya
- Daun Kaduk secukupnya
- Lidi
- Bahan A iaitu Ikan Tenggiri, dihiris nipis. Kemudian diperapkan dengan garam dan sedikit lada hitam selama ½ jam. Simpan dalam peti ais.
- Bahan B ditumbuk halus. Kisar pun boleh tapi guna air yang sedikit sahaja. Gaul sampai rata.
- Pukul telor. Sedikit sahaja. Tak payah kembang. Campurkan santan pekat, garam, gula dan tepung jagung serta tepung beras. Kemudian kacau sebati dan masukkan daun limau purut yang telah dimayang halus.
- Campurkan Bahan B bersama Bahan C dan gaul rata. Tepikan.
- Layur daun pisang yang telah dipotong dalam air panas supaya lembut.
- Letak daun atas permukaan leper. Lepas itu, susun 2 helai daun kaduk diatas daun pisang. Letakkan sekeping atau dua ikan tenggiri diatas daun Kaduk. Tutupkan dengan 2 sudu paste. Kelim tepi dan semat dengan lidi.
- Kukus selama 20 hingga 30 minit.



0 Response to "OTAK-OTAK TENGGIRI KUKUS ALA NYONYA"
Post a Comment